Posts

Kisah Kesetiaan Isteri Pelaut Yang Dikhianati Selama 3 Tahu

Image
Retaknya Sebuah Penantian: Kisah Kesetiaan Isteri Pelaut Yang Dikhianati Selama 3 Tahun Bekerja sebagai pelaut membuatkan suami saya jarang sekali berada di rumah untuk waktu yang lama. Sebagai seorang isteri yang memahami tuntutan kerjaya suami, saya sudah terbiasa dengan rutin menunggu kepulangannya yang memakan masa berbulan-bulan lamanya. Kesunyian di rumah adalah teman setia saya, namun saya tetap sabar menanti demi cinta dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi. Namun, sejak sambutan hari raya tahun lalu, naluri seorang isteri dalam diri saya mula terusik. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila suami kerap menceritakan tentang seorang rakan sekerja yang dipanggilnya sebagai "adik" dengan nada yang sangat lembut dan luar biasa. Walaupun hati kecil saya sering berbisik curiga, saya memilih untuk terus bersangka baik dan mempercayai kata-katanya bahawa itu hanyalah sekadar rakan sekerja di atas kapal sahaja. BACA ARTIKEL PENUH ...

Azab Dunia: Kisah Benar Salina yang Menanggung Karma Akibat Menganiaya Ibu Kandung

Image
Azab Dunia: Kisah Benar Salina yang Menanggung Karma Akibat Menganiaya Ibu Kandung Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan di selatan tanah air kira-kira 10 tahun yang lalu. Semuanya bermula apabila seorang jiran sering memerhatikan gelagat aneh seorang wanita bernama Atie yang sudah berusia awal 40-an. Atie sering berjalan sendirian, tertawa, dan seolah-olah bercakap dengan "teman ghaib" di sebelahnya. Namun, di sebalik kegilaan Atie, tersimpan satu sejarah hitam yang melibatkan ibunya, Salina, dan neneknya, Nenek Misah. Penderitaan Nenek Misah di Tangan Salina (Ina) Sekitar awal tahun 80-an, penduduk kampung sering menyaksikan kekejaman Salina terhadap ibu kandungnya sendiri, Nenek Misah. Salina sering menghalau Nenek Misah keluar dari rumah pada waktu malam, membiarkan warga emas berusia 90-an itu merayu-rayu di depan pintu sambil memegang bantal dan selimut yang dicampak ke tanah. Nenek Misah terpaksa merayu kepada jiran untuk menumpang tidur kerana anakny...

Kelibat Ghaib Sebaik Dijejak Pasukan Ronda

Image
Misteri & Tempatan Lembaga Ketuk Pintu Hilang Ditelan Malam, Penduduk Lipis Gagal Jejak Dalang LIPIS – Ketenteraman penduduk di beberapa buah kampung dalam daerah ini terus diuji dengan fenomena misteri ketukan pintu yang menghantui mereka sejak awal Januari lalu. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, entiti yang digelar 'lembaga' ini terus gagal dijejaki. Gangguan yang bermula sejak 5 Januari lalu itu hampir menemui htitik noktah baru-baru ini apabila penduduk mendakwa terlihat kelibat yang mencurigakan sedang berlegar pada waktu tengah malam. "Kami hampir merungkai siapa dalangnya, namun kelibat itu seolah-olah tahu cara untuk meloloskan diri dalam sekelip mata." Kronologi Gerakan Memburu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bapong, Dasimi Ibrahim menceritakan bagaimana pasukan ronda kampung bertindak pantas...

Cara hilangkan iklan youtube

Image
  Anda sibuk menonton video di Youtube, tetapi sering terganggu dengan kemunculan iklan? Pastinya tidak sedikit daripada anda pernah merasainya. Pengiklanan sememangnya satu cara untuk Youtube memperoleh pendapatan daripada video yang dimuat naik. Namun, terputus hubungan kerana iklan, ia mungkin menjengkelkan dan anda akan marah semasa menonton video di Youtube. Lebih-lebih lagi jika dalam satu video terdapat banyak iklan yang diselitkan. Selain disenaraikan pada permulaan video, kadangkala iklan turut dibenamkan di tengah-tengah rancangan. Jadi bagaimana anda menyingkirkan iklan di YouTube? Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghapuskan iklan di Youtube. Kaedah yang ada boleh dipilih mengikut keperluan individu. Jadi, inilah cara untuk membuang iklan di YouTube dengan mudah tanpa aplikasi Cara Buang Iklan di Youtube Tanpa Aplikasi 1. Menggunakan Mata Tambahan (Dot) Log masuk pada aplikasi Youtube menggunakan peranti anda. Tonton penyemak imbas anda. kemudian tamba...

EMPAT kali bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Khai Bahar berkata dia tetap berpuas hati

Image
EMPAT  kali bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Khai Bahar berkata dia tetap berpuas hati meskipun tidak membawa pulang trofi kemenangan untuk edisi ke-37 kali ini. Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata dia sama sekali tidak berputus asa untuk mencuba lagi dan akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat tercinta. “Macam saya sendiri bukanlah seorang yang cepat mengalah. “Apa yang saya nak buat saya akan buat dan kekuatan saya adalah penyokong dan peminat saya. “Mereka sokong apa sahaja yang saya buat jadi saya akan fokus untuk mereka,” Dalam pada itu, Khai juga tidak menolak untuk tampil bersama sebuah band di AJL bagi mencipta kelainan dalam lagu dan persembahannya. “InsyaAllah, saya nak buat sesuatu yang lain serta luar daripada kebiasaan yang pernah saya buat sebelum ini. “Mungkin itu akan berlaku, saya akan fikirkan nanti. Apa-apa pun saya takkan berputus asa,” ujarnya.

PERODUA AXIA 2023

Image
Akhirnya sah...!!  Axia baru 2023 akan launching Feb ini.  Ini 5 perkara yang korang kena tahu tentang Axia 2023: 1) Enjin 1.2L  yang menghasilkan 88 Horse Power dan 113nm of Tork lagi power dari axia sekarang yang hanya 1.0L yang menghasilkan 69hp dan 91nm of tork. 2) Guna platform DNGA dari Daihatsu jadikan kereta lebih kukuh dan stabil macam yang  digunakan oleh Ativa sekarang. 3) Guna kotak gear D-CVT dari Daihatsu. 4) Features baharu (lampu led, meter digital, screen inforterman, A.S.A 3.0, PSDA dll) 5) 4 Varian sahaja (G,X,SE,AV), varian axia style dan E digugurkan. Berbaloi2 weh beli kereta perodua nih !!

Turunkan Berat Badan

Image
Mengapa Turunkan Berat Badan? Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung. BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung. Mengapa Menurunkan Berat Badan...